VISI
Menjadikan Sek. Keb. Toh Paduka Raja sekolah berilmu dan berprestasi terbilang menjelang 2015.
MISI
Kami warga Sek. Keb. Toh Paduka Raja bersama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan yang berprestasi terbilang bagi melahirkan kegemilangan dalam berikut:-

* Pengurusan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.
* Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
* Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
* Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
* Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan intergrasi nasional.


PIAGAM PELANGGAN


KAMI, GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN TOH PADUKA RAJA, DENGAN PENUH TEKAD AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

* Memasti dan meyakinkan ibu bapa bahawa anak-anak mendapat layanan yang baik pada hari pertama persekolahan dan hari-hari seterusnya.
* Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak ibu bapa dan murid-murid dalam bidang kurikulum, sahsiah dan kokurikulum.
* Menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa, masyarakat setempat dan agensi-agensi lain.
* Menerima segala pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak dalam usaha mempertingkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah.
* Membimbing dan membentuk murid-murid menjadi generasi berwawasan yang inovatif, kreatif dan produktif.
* Membentuk sahsiah dan peribadi murid-murid supaya sentiasa kasih dan sayang kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara.
* Menjadikan sekolah sebagai institusi masyarakat penyayang.
* Setia dan menjaga nama baik sekolah.