By Unknown On 06:12 | Categorized As | With 0 comments
JOHOR BAHRU 14 Sept. - Usaha memperkasa bahasa Inggeris bagi guru yang mengajar subjek berkenaan tidak akan membuahkan hasil sekiranya golongan tenaga pendidik itu sendiri tidak memulakan inisiatif untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa tersebut.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Chin berkata, para guru perlu mengambil langkah proaktif untuk menambahkan ilmu dan kecekapan bahasa Inggeris dan mengaplikasikannya dalam pengajaran di dalam kelas.

“Guru yang berkemahiran mengajar guru-guru lain selain mengambil kelas tuisyen khusus dalam bahasa berkenaan. Kita tidak boleh hanya berharap kepada kementerian semata-mata.

“Inisiatif perlu diambil kerana kita akan menjadi lebih matang dan berpengetahuan dalam penggunaan bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Bahasa Inggeris Negeri Johor kali kelima di sini hari ini.

Persidangan selama tiga hari bermula semalam itu disertai lebih 200 guru bahasa Inggeris sekolah menengah dan rendah di negeri ini.

Program itu diadakan sebagai pendedahan baharu kepada peserta untuk memperkasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah dan sekolah kebangsaan.

Menurut Kain Ching, Kementerian Pendidikan turut mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan kursus Professional Up-Skilling for English Language Teachers (Pro-ELT) bagi membantu penguasaan bahasa itu.

Tambahnya, usaha tersebut sekali gus dapat menyampaikan pengajaran yang berkesan kepada pelajar dan meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek tersebut.

Utusan

PERINGATAN: SK Toh Paduka Raja tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Displaying 0 comments
Have Your Say

Post a Comment